September 02, 2010

Ramadhanku tahun ini...

Alhamdulillah...sempat lagi aku bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini... namun begitu, sungguh cepat ia berlalu dan belum sempat kumerasakan kepuasan beribadah di malam2nya...mungkin kerana aku selalu terleka dibuai mimpi2 dek keletihan berpuasa di siang hari..atau kepenatan perut yang diisi tiba2 dengan banyak ketika berbuka...astaghfirullah....

terasa kerdil sungguh diri ini kerana tidak istiqamah melakukan ibadah sunat dari Ramadhan ke Ramadhan yang lain..malu sungguh di hadapan Allah ketika mengadukan kelalaianku... untuk itu, aku terfikir...layakkah aku untuk bertemu dengan lailatulqadar? dan layakkah aku untuk memohon hajat2ku dimakbulkan sedangkan aku seringkali melupakanNya? ya Allah....astaghfirullah.....

Sedikit peringatan buat diriku dan pembaca...walaupun tidak banyak dapatku ceritakan, namun ambillah iktibar dari peristiwa Badar yang berlaku di bulan Ramadhan...banyak yang akan dapat diperolehi jika kita menyingkap sirah Rasulullah ini antaranya kisah cadangan Habbab Al-Munzir berkenaan strategi peperangan Badar yang diterima oleh Allah dan penghuni langit, dan juga kisah beberapa org tentera kaum musyrikin yang terselamat daripada dibunuh oleh tentera Islam kerana tidak memerangi perjuangan Rasulullah.

Hanya sekadar itu yang sempat ku coretkan pada Ramadhan kali ini. mungkin aku terlalu tidak pandai untuk mengajarkan ilmu kepada orang lain, namun aku cuba mengambil peluang yang ada untuk menyampaikan walaupun satu ayat...walaupun setahun hanya sekali...terutamanya pada waktu ini di bulan Ramadhan..

wassalam...
semoga dipertemukan kepada Ramadhan akan datang
salam aidilfitri
maaf zahir batin....

No comments:

Post a Comment